Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Manusia merancang, Allah merancang..tetapi perancangan Allah lah yang paling baik..rasanya sebagai hamba kita sujud dan berserah kepada Allah untuk membantu kita dalam kesusahan bukanlah sesuatu yang ganjil. Kita kena faham daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Oleh itu memang sepatutnya kita berserah kepadaNya dalam segala urusan terutama bila mana keadilan tidak dapat kita miliki di atas muka bumi ini..percayalah..Allah maha adil lagi bijaksana - ansonmali
Thursday, March 4, 2010
Wednesday, March 3, 2010
Minta Ampun Kepada Allah Minta Maaf Kepada Manusia

Assalamualaikum...dan Salam Sejahtera..
Dalam kehidupan manusia, mesti difahami bahawa hubungan dengan manusia dibaiki sentiasa dan hubungan dengan Allah dirapatkan selalu.Ini bermakna setiap kesalahan atau dosa yang dilakukan oleh manusia, sekiranya melibatkan orang lain haruslah meminta maaf kepada orang itu...seterusnya memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Persoalannya sama ada Allah ampunkan atau tidak adalah hak Allah. Hari ini salah tafsir di kalangan manusia berlaku begitu hebat sekali sehingga ada yang beranggapan bahawa...setahun melakukan berbagai kesalahan termasuk maksiat..hujung tahun pergi menunaikan umrah dengan harapan menyucikan diri atau memohon keampunan kepada Allah. Golongan ini beranggapan dirinya akan bersih semula dan tahun hadapan buat maksiat lagi..dan pergi umrah lagi..Kalaulah ia benar-benar berlaku maka orang-orang kaya semua akan masuk Syurga..tetapi Allah maha adil kepada hamba-hambanya..Taubat nasuha sahaja yang mungkin mampu membantu kepada manusia yang terlanjur...wassalam
Tuesday, March 2, 2010
Apa Nak Jadi Kepada Remaja Kita
Assalamualaikum..Hari ini maksiat mendapat tempat utama dalam media.15 lelaki merogol remaja 15 tahun. Apakah tidak ada nilai moral di kalangan remaja kita...hari ini. Yang paling menyedihkan ..perogol-perogol orang yang dikenali dan tinggal berhampiran. Betapa malunya ibu dan bapa gadis ini..apakan daya nasi telah menjadi bubur.Berita yang hampir sama..suami paksa isteri lakukan persetubuhan depan webcam..dengan tujuan ditonton oleh orang lain. Di mana maruah atau nilai mereka sebagai seorang manusia. Apakah ini bala Allah yang diturunkan kepada manusia di bumi Malaysia ini kerana mengaibkan orang lain melakukan L***t..sehingga menggambarkan seolah-olah ianya benar-benar berlaku. rama rakyat yang sealiran mempercayainya. Marilah sama-sama kita berfikir, sebelum bala yang lebih dasyat berlaku di bumi Malaysia marilah sama-sama kita kembali ke jalan yang benar. Apakah kita tidak menginsafi apabila melihat Chilie dilanda gempa bumi..Aceh dilanda tsunami...dan negara dalam kepanasan kini.....
Monday, March 1, 2010
Renung Sejenak
Assalamualaikum !
Para pembaca yang dirahmati... sesungguhnya dunia ini semakin hampir kepada penghujungnya..Biasanya manusia yang semakin kepada penghujung, ingin sekali melihat sesuatu untuk dirinya kejayaan. Oleh itu dalam menghadapi zaman-zaman akhir ini seharusnya manusia ingin melihat diri mereka dan persekitaran mereka...keadilan ditegakkan...maksiat ditangani...amanah dipikul oleh semua orang...bahkan semua ingin dilihat dalam keadaan baik dan sememangnya kebaikan dicari oleh semua orang...Ansonmali
Para pembaca yang dirahmati... sesungguhnya dunia ini semakin hampir kepada penghujungnya..Biasanya manusia yang semakin kepada penghujung, ingin sekali melihat sesuatu untuk dirinya kejayaan. Oleh itu dalam menghadapi zaman-zaman akhir ini seharusnya manusia ingin melihat diri mereka dan persekitaran mereka...keadilan ditegakkan...maksiat ditangani...amanah dipikul oleh semua orang...bahkan semua ingin dilihat dalam keadaan baik dan sememangnya kebaikan dicari oleh semua orang...Ansonmali
Subscribe to:
Comments (Atom)