
Assalamualaikum...dan Salam Sejahtera..
Dalam kehidupan manusia, mesti difahami bahawa hubungan dengan manusia dibaiki sentiasa dan hubungan dengan Allah dirapatkan selalu.Ini bermakna setiap kesalahan atau dosa yang dilakukan oleh manusia, sekiranya melibatkan orang lain haruslah meminta maaf kepada orang itu...seterusnya memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Persoalannya sama ada Allah ampunkan atau tidak adalah hak Allah. Hari ini salah tafsir di kalangan manusia berlaku begitu hebat sekali sehingga ada yang beranggapan bahawa...setahun melakukan berbagai kesalahan termasuk maksiat..hujung tahun pergi menunaikan umrah dengan harapan menyucikan diri atau memohon keampunan kepada Allah. Golongan ini beranggapan dirinya akan bersih semula dan tahun hadapan buat maksiat lagi..dan pergi umrah lagi..Kalaulah ia benar-benar berlaku maka orang-orang kaya semua akan masuk Syurga..tetapi Allah maha adil kepada hamba-hambanya..Taubat nasuha sahaja yang mungkin mampu membantu kepada manusia yang terlanjur...wassalam
No comments:
Post a Comment